Thursday 28 March 2013

Cara bermain game pada HP yang tidak mempunyai “JAVA”.






















Pada kali ini saya ingin mengajar anda cara untuk bermain games pada handphone yang tidak mempunyai Java seperti HP CSL ataupun HP China seperti gambar di atas kerana agak membosankan kerana tidak support java mahupun NES Games.namun pada kali ini kami ingin mengajar anda cara untuk bermain games java pada peranti tersebut.


1) Untuk memeriksa sama ada HP anda support “MRP GAMES” caranya anda perlu menekan *#220807#. Jika HP anda mempunyai respon seperti cuba membuka web browser.Maka HP anda support “MRP GAMES”.

2) Downloads data folder “mythroad” dan save pada memory card.

 

 >>>>......Downloads di sini......<<<<




















4)Kemudian untuk menambah games anda hanya perlu memiliki files yang berextension*.mrp dan masukkan      ke folder mythroad.

5)Untuk bermain anda hanya perlu menaip semula *#220807# dan have fun gaming


Anda boleh downloads games .mrp di bawah....


<<-----Klik link Di Bawah---->>











Monday 25 March 2013

Fungsi lain pendrive yang jarang-jarang kita ketahui



Semua orang pasti pernah menggunakan pendrive atau flashdrive bagi penyimpanan data penting ataupun personal anda.Kapasiti pendrive daripada 512MB sehinggalah yang terbesar setakat ini 64GB.
Tetapi tahukah anda bahawa pendrive anda mempunyai satu fungsi yang istimewa yang jarang-jarang diketahui oleh semua orang.Mungkin anda menganggap pendrive anda tempat untuk menyimpan data syarikat ataupun peribadi sahaja.
Meskipun fungsi utama pendrive ini  menyimpan dan men-transfer data  namun pendrive ini mempunyai beberapa fungsi yang istimewa yang didedahkan dilaman web CNET.

1)Kunci Komputer Dengan Pendrive
Gunakan software predator yang dapat mengubah pendrives menjadi sebuah kunci yang ampuh bagimengunci PC anda.Kunci yang dimaksudkan ialah pendrive akan mengunci komputer apabila anda mencabutnya daripada PC dan kunci akan terbuka apabila anda menyambungkan kembali pendrive ke komputer.Apabila komputer dikunci ,ia tidak dapat digunakan sama sekali dan paparan “acces denied” akan terkeluar apabila ada orang cuba menggunakan pc anda.

2)Jalankan aplikasi,games dan utilities daripada pendrive anda
Dengan menggunakan pendrive anda dapat menjalankan aplikasi seperti Firefox,Mozilla,Chrome dan bermain pelbagai game yang menarik melalui pendrives anda.













3)Install dan Mencuba windows 8 dan Linux dengan pendrives 
Anda mahu mencuba Windows 8? Anda boleh menggunakan pendrives anda sebagai  platfom untuk mencuba OS baru dengan mencuba consumer preview.Semua boleh dilakukan dengan pendrive Laman carian Google bloeh membantu anda.

4)Scan Virus dengan menggunakan aplikasi Antivirus di pendrive anda
Install anti virus AVG Rescueyang boleh dipasangkan di pendrives anda.Dan jalankan scanning supaya komputer anda sihat selalu.

5)Penyimpanan data yang Selamat
Jadikan data di dalam pendrives anda selamat dengan mem-backup maklumat di dalam pendrive anda agar maklumat privasi anda sentiasa dilindungi.

6)Install Windows 7 di Mac (Apple)
Anda boleh menggunakan pendrives untuk menginstall windows 7 di Mac.Windows yang diinstallakan menjadikan komputer anda dual boot.













7)Mengatur dan memaintain komputer anda dengan pendrive
Install Parted Magic,software untuk me-Reset password di windows dan,clone sistem dan partition hardisk hanya dengan menggunakan pendrive.


Semua ciri-ciri yang jarang diketahui di atas merupakan ciri-ciri yang unik bagi pendrives anda yang jarang-jarang kita ketahui.Saya berharap agar maklumat di-atas dapat dimanfaat aleh anda untuk menjadi insan yang lebih berwawasan.

Cara Format Hardisk Dengan Betul.








Pada masa kini kita pasti memerlukan sebuah komputer tidak kira Desktop,Laptop mahupun sebuah Machintosh.Akan tetapi tahukah kita cara untuk mengatasi  masalah jika komputer kita mengalamai kegagalan.Kami di sini ingin berkongsi mengenai cara-cara menformat Harddisk yang bakal menjadi masalah yang besar jika tiada jalan penyelesaian.






Kadang kala komputer kita mengalami pelbagai masalah dan memerlukan kita memformatnya semula.Kalau itu sahaja caranya mari kita mulakan.
Komputer kita dibahagikan kepada beberapa bahagian ataupun partition...secara umumnya partition dibahagikan kepada 2 bahagian seperti C: untuk sistem operasi dan D: untuk penyimpanan data.
















Untuk kedua-dua Partition (C: sistem dan D: data) mempunyai dua cara memformat yang berbeza.Dan cara yang digunakan untuk memformat juga berbeza.
Untuk memformat D: cukup mudah kerana anda hanya perlu memasuki windows explorer dan pilih drive D: dan seterusnya klik kanan dan pilih format.



Seterusnya anda akan diberi pilihan sama ada anda ingin melakukan quick format ataupun format secara biasa.quick format lebih cepat tetapi format secara biasa akan dilakukan dengan lebih mendalam.


Jangan lupa untuk mem-backup hardisk anda sebelum memformat hardisk anda kerana anda mungkin kehilangan semua files peribadi anda.


Berbeza dengan D: kerana partition C: memerlukan kerja yang lebih rumit dan agak susah bagi newbie yang baru belajar mengenali komputer.Cara format ini agak sukar kerana anda bukan sahaja membuang segala data malah sistem operasinya juga.
Pertama sekali anda perlu memasukkan CD atau DVD installation windows anda ke dalam CD/DVD  drive anda dan restart komputer anda.
Seterusnya anda perlu memasuki BIOS dan mengubah bios priority menjadi CD ROM kemudian restart semula komputer anda.
Seterusnya anda dapat memulakan proses installation sekaligus memformat komputer anda.


Contoh berikut merupakan paparan yang akan terkeluar bagi windows XP,



Dan berikut merupakan paparan bagi Windows 7





Biasanya opsyen pemilihan akan diberikan kepada anda dan setelah selesai semua proses di atas windows baru akan di-install semula ke komputer anda dan harddisk anda akan kelihatan seperti baharu.