Monday 25 March 2013

Cara Format Hardisk Dengan Betul.










Pada masa kini kita pasti memerlukan sebuah komputer tidak kira Desktop,Laptop mahupun sebuah Machintosh.Akan tetapi tahukah kita cara untuk mengatasi  masalah jika komputer kita mengalamai kegagalan.Kami di sini ingin berkongsi mengenai cara-cara menformat Harddisk yang bakal menjadi masalah yang besar jika tiada jalan penyelesaian.






Kadang kala komputer kita mengalami pelbagai masalah dan memerlukan kita memformatnya semula.Kalau itu sahaja caranya mari kita mulakan.
Komputer kita dibahagikan kepada beberapa bahagian ataupun partition...secara umumnya partition dibahagikan kepada 2 bahagian seperti C: untuk sistem operasi dan D: untuk penyimpanan data.
















Untuk kedua-dua Partition (C: sistem dan D: data) mempunyai dua cara memformat yang berbeza.Dan cara yang digunakan untuk memformat juga berbeza.
Untuk memformat D: cukup mudah kerana anda hanya perlu memasuki windows explorer dan pilih drive D: dan seterusnya klik kanan dan pilih format.



Seterusnya anda akan diberi pilihan sama ada anda ingin melakukan quick format ataupun format secara biasa.quick format lebih cepat tetapi format secara biasa akan dilakukan dengan lebih mendalam.


Jangan lupa untuk mem-backup hardisk anda sebelum memformat hardisk anda kerana anda mungkin kehilangan semua files peribadi anda.


Berbeza dengan D: kerana partition C: memerlukan kerja yang lebih rumit dan agak susah bagi newbie yang baru belajar mengenali komputer.Cara format ini agak sukar kerana anda bukan sahaja membuang segala data malah sistem operasinya juga.
Pertama sekali anda perlu memasukkan CD atau DVD installation windows anda ke dalam CD/DVD  drive anda dan restart komputer anda.
Seterusnya anda perlu memasuki BIOS dan mengubah bios priority menjadi CD ROM kemudian restart semula komputer anda.
Seterusnya anda dapat memulakan proses installation sekaligus memformat komputer anda.


Contoh berikut merupakan paparan yang akan terkeluar bagi windows XP,



Dan berikut merupakan paparan bagi Windows 7





Biasanya opsyen pemilihan akan diberikan kepada anda dan setelah selesai semua proses di atas windows baru akan di-install semula ke komputer anda dan harddisk anda akan kelihatan seperti baharu.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment